P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 Mei 202 4) |
|
|
ZIKIR TERAPI ACAPELLA – Hafiz Hamidun(Arteffects / Universal Music, 2021)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album ZIKIR TERAPI DIRI yang diterbitkan pada tahun 2011 merupakan pencetus terhadap fenomena penerbitan album-album zikir terapi pada ketika itu. Album alunan zikir oleh Hafiz Hamidun tersebut menjadi antara album paling laris bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Album tersebut telah terjual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia. Setelah sepuluh tahun album tersebut diterbitkan, Hafiz Hamidun merakam kembali abum tersebut tetapi kali ini dalam versi acapella dengan mengekalkan jumlah trek yang sama. |
|
MARHABA
–
Hafiz Hamidun
Hafiz Hamidun merilis album studio ketujuhnya, MARHABA yang merupakan lanjutan dari siri album Zikir Terapi. Album Salawat Islam moden yang baru ini sebahagian besarnya telah dirakam di Istanbul, Turki dan di studionya, Arteffects, Petaling Jaya. Ia menggabungkan ramai pemuzik dan juruteta yang sangat berbakat dari Turki, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia dan Australia. |
|
NUR: ZIKIR TERAPI IV
–
Hafiz Hamidun
NUR: ZIKIR TERAPI IV merupakan kesinambungan daripada album zikir terapi persembahan komposer dan penyanyi berbakat Hafiz Hamidun yang masih mengekalkan pendekatan yang sama iaitu pengisian 10 rangkaian zikir lazim. |
|
THE BEST OF ZIKIR THERAPY
–
Hafiz Hamidun
Seleksi zikir terbaik yang dihimpunkan dari 3 buah album ZIKIR TERAPI DIRI yang pernah dirakam oleh Hafiz Hamidun. Kesemua album zikir hasil buah tangan Hafiz Hamidun sendiri mendapat sambutan hebat dan mencipta fenomena tersendiri terutama album pertama ZIKIR TERAPI DIRI yang dirakam dan diedar pada tahun 2011. |
|
I LOVE RASULULLAH
–
Hafiz Hamidun
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Selepas kejayaan melahirkan 3 album zikir istimewa: Zikir Terapi Diri vol 1-3 dan mencatat jualan yang sangat memberangsangkan, penyanyi, penggubah lagu dan penerbit, Hafiz Hamidun muncul dengan buah tangan terbaru I Love Rasulullah. Sesuai dengan tajuknya, pengisian lagu-lagu untuk album ini bertujuan untuk menyemai kasih sayang terhadap Nabi Muhammad saw dan mengajak pendengar menghayati mesej-mesej berguna mengenai perjuangan Rasulullah. Masih mengekalkan sentuhan kontemporari tetapi Hafiz memberikan susunan muzik yang berbeza untuk menyuntik nuansa segar dalam produksi berkenaan. Terdapat 4 lagu ciptaan baru dan 4 lagu rakaman semula. Manakala 'Lawkana Bainana' diambil terus dari album Zikir Terapi Diri. |
|
ZIKIR TERAPI DIRI 3
–
Hafiz Hamidun
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Setelah menghasilkan album ZIKIR TERAPI DIRI 1 dan 2, kini Hafiz Hamidun tampil dengan album ZIKIR TERAPI DIRI 3 yang merupakan kesinambungan daripada sambutan luar biasa yang telah diberikan oleh masyarakat terhadap album zikir beliau sebelum ini. Seperti sebelumnya album yang mengandungi 10 buah zikir ini merupakan garapan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun yang bertindak sebagai komposer dan penggubah muzik. Masih mengekalkan konsep terapi seperti album-album yang sebelumnya tetapi album ini sedikit berbeza apabila menggunakan garapan sentuhan orkestra sepenuhnya. |
|
JODOH BERDUA (single)
–
Hafiz Hamidun
Single 'Jodoh Berdua' merupakan ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Hafiz Hamidun sendiri. 'Jodoh Berdua' juga merupakan single pop pertama Hafiz Hamidun yang juga merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun yang dicipta oleh komposer lain semenjak beliau bergelar penyanyi solo. Lirik lagu ini mempunyai mesej positif yang mampu menarik para pendengar untuk mencari pasangan hidup dan bersama melayari bahtera perkahwinan sehingga ke syurga. Single 'Jodoh Berdua' kemudiannya dimuat-semula dalam album kompilasi pelbagai artis, AL NURAA ... YANG 5 ... YANG 6 (Sony, 2014) dan setakat ini belum pernah diterbitkan dalam mana-mana album solo ataupun kompilasi milik Hafiz Hamidun sendiri. |
|
ZIKIR TERAPI DIRI 2
–
Hafiz Hamidun
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Melihatkan percaturan menghasilkan album bergenre zikir sebelumnya mendapat sambutan hebat, Hafiz Hamidun muncul dengan buah tangan yang sama iaitu mengekalkan identiti zikir terapi tetapi ZIKIR TERAPI DIRI versi kedua kali ini muziknya lebih berkonsepkan irama keMelayuan seperti zapin, gurindam, dodoi. |
|
KASIH PADAMU
–
Hafiz Hamidun
KASIH PADAMU - Koleksi istimewa ini merupakan seleksi lagu-lagu ciptaan Hafiz Hamidun dari 2 album terdahulunya iaitu Hafiz Hamidun (Pop Nasyid) (2007) dan Syukran (2009). Koleksi istimewa ini turut memuatkan sebuah lagu terbaru iaitu 'Kasih Padamu (Rasulullah)' yang sebelum ini hanya dimuatkan secara eksklusif di dalam format CD yang hanya boleh dimiliki dengan pembelian buku SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD. |
|
SIRAH TERAGUNG
MUHAMMAD
–
Hafiz Hamidun
CD eksklusif ini adalah bonus kepada pembeli buku Sirah Teragung Muhammad. Album projek khas ini memuatkan lapan lagu baru ciptaan Hafiz Hamidun sendiri. |
|
ZIKIR TERAPI DIRI
–
Hafiz Hamidun
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Ini merupakan percubaan pertama Hafiz Hamidun melahirkan sebuah album alunan zikir bermelodi. Mengandungi 10 zikir amal harian yang diperhebatkan dengan muzik yang 'easy-listening'. Disertakan juga sebuah lagu istimewa 'Lawkana Bainana' petikan siri televisyen Arab Saudi. Ternyata album ini berjaya mencatatkan jualan sebanyak 150,000 unit sepanjang setahun setengah berada di pasaran dan sehingga kini album ini masih lagi mendapat permintaan yang tinggi. |
|
SYUKRAN
–
Hafiz Hamidun
|
|
HAFIZ HAMIDUN
Setelah meninggalkan kumpulan nasyid UNIC, Hafiz Hamidun melahirkan album solo studio pertama bergenre pop nasyid. Ini merupakan album terawal beliau sebelum terkenal melalui album zikir terapi diri. |